hikayat penglipu lara pink

CRAPPINK:
hikayat ini ditulis sebagai kisah jenaka rakyat tetapi berakhir sebagai kisah mak andeh yang terjun dengan labu-labunya. eh itu si luncai. silap.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


tersebutlah alkisah dahulu kala, di sebuah kampung di sebuah daerah kecil bernama keharah - atau nama modennya kaherah apabila diberpetulkan1 ejaannya - tinggalah beberapa manusia yang mempunyai super power tersembunyi.

walaupun ramai yang menghuni kampung itu, tetapi ini adalah hikayat berkenaan kisah tok guru bernama dewata ali arjuna papadom2 dan dewi adiratna merah jambu pataya2. maka janganlah kalian pedulikan alkisah lagi lima puluh tujuh ratus ribu hamba tuhan lain yang kebetulan mendiami negeri keharah itu kerna mereka hanya pelakon tambahan tak berbayar saja.

alkisahnya, terdapat seorang tok guru bernama dewata haji ali arjuna papadom ini. dikatakan tok guru ini, orangnya sangatlah bijaksana. jikalau hikayat ini dialih bahasa kepada bahasa penjajah mungkin akan digunakan istilah wise di dalam fairy tales itu.

maka dek kerana kebijaksanaannya yang tiada tandingan di kalangan manusia manusia seluruh bumi bertuah ini, beliaulah yang dilantik sebagai ketua suku kaum di daerah kecil dinamakan imarah mahligai3 dua puluh tujuh. alkisahnya mengapa dinamakan sedemikian dikatakan adalah alkisah sejarah mitos bohong4 semata-mata disebaliknya.

dek kerana kebijaksanaannya yang tiada tandingan di kalangan manusia manusia seluruh bumi bertuah ini jugalah, dikatakan beliau bijak dalam menguruskan hal urusan-urusan kewangan daerah yang diperintah beliau.

nak dijadikan cerita, alkisahnya jumlah tuntutan penggunaan elektrik yang dikenakan ke atas srikandi terhebat5 keharah, dewi adiratna merah jambu pataya, tepat dua purnama yang lalu atau dalam erti kata modennya januari mencecah hampir dua ratus lima puluh riyal emas.

perutusan berita itu tidak mampu untuk ditelan kepahitannya oleh tok guru haji ali papadom kerana adalah perkara yang sedia maklum bahawa semua manusia yang bijak menguruskan urusan kewangan negara mahupun daerah adalah memang sedikit agak bakhil.

tok guru berasa kecewa walaupun srikandi itu masih mampu bergembira dengan khabaran sedemikian yang memuramkan seluruh penghuni daerah mahligai dua puluh tujuh termasuk dengan anjing sakti peliharaan tok guru tersebut. kerna sebelum kehadiran dewi adiratna merah jambu pataya di daerah itu, dikatakan tidak pernah berlaku peristiwa segetir dan sehitam rentung hangus terbakar sedemikian.

maka dengan tekad setinggi mungkin srikandi dewi adiratna merah jambu pataya berazam untuk membuktikan pada orang-orang kampung bahawa beliau adalah lebih daripada sekadar muzik6.

maka sejak sepurnama yang lalu, srikandi dewi adiratna merah jambu pataya jauh pergi bertapa di sebuah kawasan rahsia7 untuk menguatkan jati diri dan keazaman dirinya daripada memanjakan diri dengan penggunaan unggun api untuk menjimatkan penggunaan kayu api yang harganya semakin melambung tinggi.

maka sepurnama pun berlalu begitu sahaja.

tepat malam pertama selepas sepurnama tok guru haji ali papadom datang ketemu akan dewi adiratna merah jambu pataya untuk mengkhabarkan samada srikandi itu lulus ujian kuasa kawalan penggunaan terma dan elektrik jula juli bintang tiga yang dikenal pasti sebagai punca utama kenaikan bil elektrik mahligai tersebut.

sugul wajah tok guru itu sudah mampu menggambarkan khabaran buruk yang mungkin disampaikan maka dewi adiratna merah jambu pataya berserah sahaja pada yang maha esa. apa yang terjadi terjadilah bak kata lagu kupu kupu malam nyanyian kugiran peterpan yang pernah gah di nusantara asia tenggara suatu masa dahulu.

adalah seperti biasa untuk menyampaikan khabar buruk, tok guru haji ali papadom akan memberikan mukadimah panjang dan kata-kata hikmat berunsur nasihat kepada dewi adiratna merah jambu pataya. dewi adiratna merah jambu pataya pun tunduk mendengar dengan penuh kesyahduan.

maka detik yang ditunggu-tunggu pun tiba. tuan guru pun menyampaikan hitam putih perutusan buruk itu dan dibuka sampul itu oleh dewi adiratna merah jambu pataya.

dua puluh tiga riyal emas enam puluh lima kupang perak.

melihat jumlah itu maka kegiranganlah hati dewi adiratna merah jambu pataya. dewi adiratna merah jambu pataya pun melonjak lonjak kegembiraan disambut dengan gelak tawa yang nyaring yang mampu membangkitkan seluruh kampung di negeri keharah itu.

maka dewi adiratna merah jambu pataya pun berkata, “hai tok guru! chill lah! jangan lah kedekut sangat. 23 riyal dan enam puluh lima kupang itu bukanlah boleh beli set happy meal dekat mekdonal pun. kedekut la lu!"

maka jawab tok guru kepada kata-kata dewi adiratna merah jambu pataya sambil mengetuk kepala anak murid beliau itu, “chill korok mung! buke duo pulo tigo riyal! dua ratuh tigo puloh riyal enam puloh limo kupang perak!8

nampaknya dewi adiratna merah jambu pataya masih kurang cerdik dalam mengenalpasti kehadiran titik kosong dalam nombor jawi.

1 antara contoh lawak dalaman di kalangan pelajar-pelajar di mesir kerana warga mesir menyebut P sebagai B.

2 identiti sebenar terpaksa dirahsiakan untuk melindungi mereka daripada buruan pihak paparazi mesir. tetapi sebenarnya saja mengada nak guna nama panjang-panjang supaya hikayat menjadi panjang. tetapi nama 'pataya' itu adalah sempena menu makan tengah hari isnin lalu di restoran bangkok abbasia. amat rambang haha.

3 adalah dimaklumkan bahawa penulis ini gemar menggunakan teknik penceritaan hyperbola. namun ada juga sumber menyatakan bahawa si penglipurlara memiliki unsur unsur bajet dalam dirinya.

4 diceritakan bahawa ada dua puluh tujuh jenis lautan berbagai warna dan tona yang begitu indah. tetapi dikatakan bahawa sejarah itu adalah sebuah kisah bohong semata-mata. namun tiada sesiapa mampu mengatakan itu bohong semata kerana semua orang inginkan hikayat ini menjadi lebih panjang seperti mana hikayat-hikayat lain supaya dapat membosankan calon-calon peperiksaan lulus maahad pondok (tinggi) yang terpaksa memahami dan membaca buku antologi sastera seperti yang diwajibkan oleh pihak kerajaan pendidikan. maka untuk menutup pembohongan ini dikatakan penghuni daerah itu tidak mampu untuk membuktikan terdapat dua puluh tujuh warna kerana pada waktu itu mereka hanya mengetahui adanya kotak imej bergerak hitam putih untuk sumber menghiburkan hati selain tarian gelek gadis gadis sunti yang separa jelita.

5 pengetahuan am yang wajib diketahui oleh semua warga bumi (sila rujuk 3)

6 iklan wtf

7 haha tipu je (sila rujuk 3)

8 tiada niat mempermainkan warga kelantan atau yang sewaktu dengannya dengan cubaan ayat broken kelantan itu. persoalannya di sini, mungkinkah tok guru itu berasal dari kelate atau sering bergaul dengan sek-sek kelate? jeng jeng jeng.
emas merujuk pada genih/ringgit. perak merujuk pada kursy/sen.

4 Comment(s):

Anonymous said...

nice one..walaupun kurang faham..

zs said...

haih rasa macam baca wikipedia ada nombor-nombor kecik tu. :P

Chemical Apple said...

haha...wth.. Hiperbola... been years since I studied that in high school...
They should study this 'hikayat' in short stories for BM..Seriously...ROFLMAO

pinksterz said...

anonymous:
haha post ditulis dalam mode banyak personal jokes. ;)

zs:
hahaha wikipink!

chemicalapple:
hohoho who knows one day this article will end up in the antology book. :P

Post a Comment