hidung lu cacat!

semalam hari kedua gua pergi kelas gua untuk tahun empat. sekarang ni gua tengah belajar pasal ENT untuk round klinikal. macam best lah kecuali gua dah start bosan asyik kena tengok video lubang hidung entah sapa sapa.

tapi bukan itu yang gua nak cerita. gua nak cerita pasal kisah di kelas semalam. doktor kitorang ajar pasal rhinoplasty. atau bahasa biasanya nosejob, pembedahan kasi hidung lu mancung. dia siap tunjuk gambar gambar pesakit dia yang buat mende alah tu. bukan sikit beb. ramaiiiiiiii.

gua terkejut kejap memikirkan bilangan itu satu hal.

lama lama gua mula perasan, hidung mereka tu bukanlah cacat tara mana kebanyakannya tapi manusia biasalah nak jadi sempurna. gua pun mula rasa bersyukur gua gembira je dengan keadaan hidung gua sekarang walaupun ada senior sini pernah cakap hidung gua besar macam buah jambu madu wtf. takpe sekurangnya ada perkataan "madu" di situ maka kira gua adalah manis orangnya wtf.

maka selepas doktor pertama keluar, doktor kuliah klinikal kami pula masuk dan dia ada nampak slide powerpoint doktor ENT kami tadi. maka dia pun berkata,"oh kalian belajar pasal rhinoplasty ya hari ini?"

kami mengangguk angguk dengan muka penuh ceria dan riang gembira.

dan dia terus kasi kami lecture campur tazkirah pasal hukum tuhan dan islam serba sedikit. dia kata kalau buat menda alah tu atas dasar untuk kesihatan atau kondisi hidung yang melampau mengaibkan, dia setuju. tapi janganlah sebab kecantikan. gua pun setuju diam diam dalam hati.

lepas beliau cakap macam tu, beliau cakap pula, hidung manusia ni mana ada sempurna. majoritinya senget sebelah walaupun sedikit. dan disebabkan bilangan kami yang sedikit nak mampus, beliau boleh pulak nak sanggup pergi tengok hidung sorang sorang. lepas tu siap point out, siapa yang ada severe septum deviation. gua tak kena. kawan sebelah gua kena dan dia siap emo sedikit.

"alaaaaaaaaaaa hidung saya senget keeeeeee???? mana adeeeeeeee"
"takpe, hanya kami 8 orang je tahu hidung kau senget. shhhh!" seloroh seorang lagi budak.


tapi lepas je insiden ini, gua dah tak dapat nak anggap manusia sekeliling gua normal. gua dah mula ada obsesi baru; hidung.

sekarang gua pergi mana mana asyik kena pandang hidung orang dan gua dah mula nampak semua orang cacat. sampaikan semalam, sementara gua tunggu abang etisalat setelkan isu broadband usb gua balik, sambil berdiri kat kaunter tu, gua sempat usha usha tengok hidung pekerja pekerja situ. gua jalan pergi kedai makan pun, gua sempat lagi usha akak jaga kaunter... punya hidung.

apakah?!?!

tapi gua still rasa hidung gua best je. kena bersyukur kan?

8 Comment(s):

Sarah Mustaza said...

haha. tak boleh blah. usha hidung orang. Kak elle, tahun lepas gua ade buat septoplasty, sebab ada nasal septum deviation. kiranya hidung gua tak senget la kan? yes! hahaha

pinksterz said...

sarah:
tau tau ada dengar cerita. time tu macam nak tau gila "siapa sarah?" sebab fehmes bebenor. :P

cet. lu nak berlagak la ni hidung lu perfek. jeles jeles. hahaha.

Anonymous said...

haha.ngok

AJ said...
This comment has been removed by the author.
pinksterz said...

anonymous:
:P

AJ:
eh why delete? tapi sempat baca masuk email komen anda. haha :P

Anonymous said...

rs mcm kenal je sape yg hidung senget tu..ngaaa..

pinksterz said...

anonymous:
anda boleh meneka seberapa banyak yang anda mahu tapi kami tetap merahsiakan identiti beliau!

Anonymous said...

hahahhahaa. pasal hidung??? nice one!

Post a Comment