nota melekit (sticky note?)

hai.

salam sayang dari tanah kaherah.

dengan tertulisnya post ini, secara rasminya gua dah selamat sampai dan pijak tanah penuh subur kaherah. terima kasih tak terhingga pada saudara saudari himar yang tak serik serik melepaskan hajat di kiri kanan jalan.

tadi perjalanan gua agak macho. sebab gua balik sorang sorang. daripada departure KLIA sampailah ke rumah. semua gua harung sendiri. tapi adalah sentuh bahu dua tiga orang budak mesir dalam penerbangan. dan keluar lapangan terbang adalah nampak dua tiga muka lain yang gua kenal tapi sahaja buat buat tak kenal. muahahaha.

baiklah, gua kena sambung setel keluarkan segala benda dalam bag-bag gua. doakan gua menjadi rajin esok untuk mengharung dugaan ke kuliah. sebab sekarang gua rasa setan sibuk bisik sakan kat telinga gua suruh sambung cuti sendiri sehari lagi. ish.

oh tak dilupakan satu nota istimewa buat mereka yang masih di tanah melayu:
korang, cepat cepat balik. mesir tengah snowing sekarang ni. best tau boleh buat snowman petang petang.

okay. bai.

2 Comment(s):

fathiyyah said...

tengah salji? WAAAH! TAK SABARNYAAA NAK BALIKKKK :D

pinksterz said...

fathiyyah:
a ah salji. hari ni dijangka bakal turun lagi sekitar tengahari. boleh la nak slide atas jalan nanti. tak payah bazir duit bayar teksi hahahah

Post a Comment