bebelan pra-musim sejuk

antara tanda tanda kau sedang di dalam proses menggemukkan badan selari dengan kemasukan musim sejuk di kaherah adalah:

1. selama ini kau ikut regimen diet kau dengan penuh disiplin. paling lewat kau makan adalah pukul 4 petang. dan snek lewat malam yang dibenarkan hanyalah biskut fibre jacob's yang bebas garam dan tawar gila. itupun kau cakap tak lebih 4 keping. tapi sekarang ni kau sanggup bangun masak air dan buat semangkuk megi kari. pekena panas panas sambil layan movie.

2. malam sebelum tidur kau telah set alarm clock untuk bangun berjogging esok pagi dan esok pagi kau memang terjaga tepat pada waktunya. tapi kau lihat ke luar tingkap dan berkata dalam hati "ah persetankan gaya hidup sehat!"

3. kau pergi ke kedai ais krim kegemaranmu dan abang penjual segera ke depan untuk menawarkan perkhidmatan dengan penuh mesra sekali. dan perkara pertama yang dia sebut bila nampak muka kau adalah,"hey kamu! saya kenal wajahmu! kamu adalah gadis yang selalu membeli ais krim berperisa coklat dan mentega kacang itu bukan?"

kau terkesima sebentar. perasaan pelik menguasai diri memikirkan bagaimana abang itu mungkin mengenali wajahmu. apakah dia sebenarnya dalam diam meminatimu dan sering memerhatikan gerak gerimu wtf macam lirik lagu melayu 90an wtf..

tapi kisah yang sebenarnya adalah...

kau dah sering sangat pergi kedai tu sebab nak melantak ais krim dia yang enak sekali. sebab tu dia kenal muka kau la pink oi.

0 Comment(s):

Post a Comment