nak dijadikan kisah la der, dalam minggu lepas bebudak kelas gua buat mesyuarat separa formal pasal isu isu kelas dan jamuan batch yang memang dah berlangsung selasa lalu.
antara salah satu isu tu lah kan der, pasal kelewatan ke kelas. maka ada cadangan agar tindakan mengunci pintu belakang dewan kuliah, supaya pelewat pelewat terpaksa masuk melalui pintu depan lah. kau tahu lah kan implikasi masuk dari pintu depan? eheh eheh.
jadinya, reaksi ada macam macam. ada yang setuju. ada yang tak kisah. ada macam tak setuju atau terkejut lah kot.
ini ada situasi yang gua cuba bayang kalau gua di tempat orang lain:-
"alah! dah universiti! buat apa nak peraturan ni. ingat sekolah apa?""alaaaa kena kunci pintu kalau lewat?! eeee tak bestnyaa *sambil kerutkan muka*""aisehman kena masuk ikut pintu depan. malu ah nanti""oh aku peduli apa, masuk belakang ke depan. janji aku datang lectures. tak ponteng ponteng ah"
dan mungkin banyak lagi ah kan reaksi semua orang. gua malas nak tulis panjang panjang bab tu.
gua manusia jenis yang hormati Masa. gua tak suka menunggu dan cuba untuk membuat orang tak tertunggu-tunggu. sebab tu kalau ada buat temu janji, gua memang akan berusaha datang awal sebelum atau tepat pada waktunya. pukul 8 kata kau, pukul 8 insyaAllah ada lah gua berdiri di tempat yang dijanjikan. maka bukanlah suatu yang pelik atau ajaib pabila gua naik angin bila terpaksa menunggu manusia manusia yang lewat. gua rasa kalau publish kisah kisah gua tensen menunggu orang memang boleh buat siri macam Harry Potter. cuma maybe gua takkan fehmes dan jadi kaya macam J.K. rowling lah der.
tapi bukanlah nak cakap gua ni sempurna, datang awal sepanjang masa ke apa. gua pun manusia cuma. ada je lah jadi datang lewat kadang kadang. atau buat kawan kawan tertunggu. sumpah dalam hati gua rasa bersalah dan tak senang asyik gigit kuku sendiri bila jadi camtu.
okay berbalik pada isu kelewatan tu, cuma gua nak cakap...
memanglah ini bukan sekolah nak jalankan peraturan itu ini. gua memang rasa waktu belajar dekat universiti tak patut dibuat undang undang. ini bukan sekolah!
nak datang lambat ke, awal ke gua memang tak pernah kisah lah. nak ponteng pun tak peduli. gua sendiri pun kadang kadang terbabas tidur. kadang-kadang memang muka tak muncul kat kelas pun. haha!
tapi gua cuma nak suruh cuba fikir bagaimana perasaan serba salahnya mereka yang datang awal ke kuliah. dan bila doktor masuk je ke dewan kuliah, tengok tengok yang ada dalam kelas cuma 2-3 orang.
bila ditanya,"where are the others?"
"they're on their way doctor!"
"why are they always on the way?" persoalan doktor itu akan dibalas dengan sengihan kambing dan doktor pun menanti anak murid masuk ke kelas.
"on the way"
memang itu jawapan paling tipikal. yang gua sendiri rasa geli hati bila dengar. nak kata duduk jauh, ramai dah kot pindah dekat dengan universiti. jalan kaki je ke kelas. alasan kesesakan lalu lintas memang dah tak boleh guna pakai la kan der. hihi.
memang dah universiti, dah besar. tapi tanggungjawab tu kena gak ingat, brader. dan gua bukan merujuk pada tanggungjawab menjaga hati doktor sahaja. hati kawan kawan yang terpaksa "cover" macam mana? semua dah besar. dah boleh fikir kan? :)
gua minta maaf lah awal awal kalau ada terasa hati membaca post ni. gua tahu gua pun kadang kadang nakal jugak dalam kelas. ada je diri ni buat salah silap terlepas cakap atau terkasar bahasa.dan mungkin gua sendiri tak layak kot nak tulis teguran terbuka macam ni. diri sendiri pun tak betul, dah nak betulkan orang lain ye dak?
maka di sini, gua minta maaf lagi sekali kalau ada yang terasa hati dengan kata kata atau perangai gua selama gua sekelas atau lepak bersama. tulisan ini peringatan untuk diri gua jugak sebenarnya. :)
selamat malam.
---
p.s. gua masih tak mampu nak bersemangat dengar lecture commed. sumpah gua memang tak dapat fokus. betullah kata seorang abang senior glamer dulu pada gua di facebook, commed memang bosan.
kalau tak diambil kehadiran dan ada markah kehadiran tu memang rasanya tak muncul dah lah muka gua kat lecture. hahaha! tsk teruk sungguh diri ni.
setakat ni gua survive dalam lecture dengan bawak novel sebarang dua. kalau dah tak mampu nak dengar gua memang terus layan novel.
tapi masalahnya sekarang, gua dah hampir nak pokai sebab asyik kena beli buku baru.
so how ah? T__T


5 Comment(s):
sokong.
same! tk suka menunggu n buat org tertunggu. mengiritasikn.
n buat dr yg menunggu, lg la sgt tk appropiate kot. sbb siapala kte. kte anak murid. kte yg nk ilmu, kte yg kene cari dr. kte yg kene tunggu dr.
memang duk mesir, tp nak jd dr kan. jgn la ikut masa org sini. latih diri dari skrg utk jd punctual, tepati masa. tk tahu nk urus masa dr skrg, masa kerje nanti lg susah kot.
owh masa 3nd year dulu, derg buat rule siapa dtg lambat byr denda segenih. event seminit. berkesan la jgk. jenuh la muka org biasa lmbt nk byr denda. hehe.
PSP or nindendo DS der gua cakap lu. gerenti x bosan nye! hahaha
(tp bak kate sye ptg td, bli la kat mesia kak. masyuk sket)
Sesiapa yg berkenaan tu fikir2lah ye!!!kelewatan kita menyusahkan yg lain,mungkin anda x pernah rasa camna kena tunggu..sbb anda x pernah menunggu,anda dh rugi tapi tlg jgn wat org lain turut rugi masa dan ilmu.Menyusahkan org bukan ajaran Islam,lebih2 lagi menyusahkan Dr.
Ingat x? zaman sek.dulu,klau lmbat kena denda,jadi semua takut berlari dtg awal,tentu waktu ini anda sndiri dtg awal,jadi berubahlah.amiklah pndngan ni sbg nasihat ikhlas dari saye demi kebaikan bersama.
akak post ni super best la meh nak spam orang yey thanks muahh <3
hani:
memang tensen wei kalau kena menunggu orang. i pernah kena janji 2pm nak jumpa pegawai embassy dengan seseorang budak medik. i sampai 1.30pm tunggu bajet dekat dekat pukul 2 dia sampai. 4.30pm baru muncul muka dia. bayangkan i jenuh kena menghadap orang embassy tunggu dia dalam bilik dengan muka tensen. huh!
oh idea kena bayar denda tu agak menarik!
khai.m:
gua bukan apa la der. kalau novel gua pokai, beli benda benda camtu rasa rasa gua kena isytihar muflis terus kot.
(hahaha apa kes ni dalam bracket lu terus cakap key ell! tanak kawan ar camni der! :P)
anonymous:
bab datang kelas tu sebenarnya tak kisah pun kalau bebudak ni nak datang lewat sejam atau setengah jam terakhir. cuma bab nak menjawab soalan doctor "mana yang lain" tu ambo selalu lemah sikit. tsk.
oh btw, next time kalau boleh post comment under name/url. letak nama samaran pun boleh. :)
atiqah:
feel free to spam anyone you like! :D
Post a Comment