Tradisi Tahunan

Tahun 1 - rasa pitam dalam tempoh 2-3 minit sahaja. waktu tu tengah amali anatomy. sempat memberitahu seorang kawan dan dia cepat cepat pimpin tangan ke sudut bilik mayat dan duduk sebentar untuk pulih dan boleh bangun seperti sediakala.

Tahun 2 - memang pitam jatuh lebih lama dari waktu tahun 1. waktu tu sedang menghadiri kelas tambahan (muragaah) anatomi khas untuk 15 orang pelajar Malaysia. memang jatuh ke lantai dan siap kena angkat baring ke kerusi. oh ada juga diberi gula gula daripada doktor tapi biasalah saya kan degil, taknak makan langsung gula gula tu.

Tahun 3 - tragedi pitam paling hebat dalam sejarah Pink Pitam di Kuliah™. waktu tu tengah menghadiri kelas amali parasitology sesi terakhir tak silap. sudah rasa tidak selesa dari awal pagi tapi gagahkan diri sebab sebelum praktikal parasitology ada ujian penilaian microb. maka terpaksa buat tak tahu. faktor kurang waktu tidur malam sebelumnya dicampur dengan rasa kecewa dengan soalan ujian itu dicampur dengan nama yang dipanggil oleh doktor parasit sebab dikatakan prestasi semakin merudum tak masuk dengan tekanan final yang dah dekat gila.

memang tak mustahil lah tumbang di kelas. tempoh pitam paling lama dekat 10 minit (ke lebih?) rasanya baru boleh nak bangun berjalan tu pun masih kepeningan semacam.

Tahun 4 - masih bersih setakat ini tapi terlalu awal la nak cakap apa apa sebab final exam lagi 2 bulan lebih. tapi kalau diikutkan graf Tahun Belajar vs Waktu Pitam adalah berkadar linear. mungkinkah Tahun 4 bakal melakar sejarah lebih hebat?


oh janganlah please. penat dah tau nak tumbang tumbang ni. -______-"

0 Comment(s):

Post a Comment