tragedi di subuh hari

selamat pagi kengkawannn! ketemu kita sekali lagi dalam sesi Pink Membebel di Subuh Hari.

hari ini ada berita tergempar ye kengkawan. please prepare yourself. WARNING: DO NOT READ THIS WITH AN EMPTY STOMACH WTF. #dramatic

oleh kerana saya berjaya habiskan target studi malam ini lebih awal, maka saya mengambil keputusan untuk berehat bermain permainan tembal guli berwarna warni Zuma. ye, ini adalah ketagihan terbaru saya selepas sibuk menjadi pakar penangkap lelebah comel menggunakan buih sabun.

maka setelah setengah jam menembak guli saya makin bosan. bukan apa, saya hebat sangat main tak reti kalah kalah. siap sambung game yang di'save' sejak petang tadi wa cakap sama lu.

 maka saya tengok jam "oh baru nak pukul 2am."

maka saya periksa waktu tamat subuh "oh habis 5am"

maka saya mengambil langkah bijak untuk tidur sekejap dan bangun kembali lebih kurang dalam jam 4.40am macam tu la. jangan khuatir saya dah siap set alarm untuk mula berbunyi sejak jam 4am dan seterus 4.10am sehinggalah ke 4.40am tanpa henti.

kau tahu stress dan tekanan yang akan diperoleh bila snooze dah berjuta juta alarms lain waktu yang kau snooze dan snooze dan snooze? ha cubalah. memang konfem kau akan bangun subuh. #serius

maka lampu pun dipadamkan dan gua pun sedap je memejam mata, menenangkan otak sambil sambil berkira target untuk esok pula supaya makin cepat terlelap.

dan tiba tiba...

GEDEGANGGG!!! #soundefektipikaldramamelayu

saya kaget sebentar kengkawan. saya pun segera buka mata. tahu apa saya nampak?! TAHU TAK APA SAYA NAMPAK?!

lampu pendarflour bilik saya tergantung dari siling betul betul atas tempat saya berbaring. ha nasib baik ada wayar yang masih mampu gantung lampu tu. kalau ikut hukum forensik ini dinamakan Complete Hanging ye kengkawan. #EhMediknyaAku

saya segera bingkas bangun tergesa gesa mencari mana pulak spek mata aku ni eiiiiiii sambil mencarut carut dalam hati.

ha alang alang post ni nak jadi cerita panjang meh la saya stori kejap asal usul ketidakutuhan lampu di bilik saya ni.

dahulu waktu mula mula masuk rumah sewa ni lampu tu bukan dipasang terus ke siling. biasalah arab buat kerja. saya minta dipasang betul betul dia cakap, "janji berfungsi sudah la adik manis". maka dia gantung guna tali yang agak tebal lah dan waktu tu saya masih bebal dalam berbahasa arab. tak reti nak berdebat mana.

tapi setahun lepas nak dijadikan cerita, habis satu imarah kena litar pintas. punca sebenar tak tahu dan saya pun malas nak ambil tahu. jadi dalam jiran sebelah (merangkap electrician percuma kahkahkah #cheapskate) tolong mengganti semua lampu lampu di rumah saya, saya sekali lagi buat permintaan suruh dia pasangkan betul betul lampu tu.

dah alang alang nak ganti kan.

KAU TAHU DIA CAKAP APA?

"apa ada hal der? janji ada lampu, kau dapat cahaya sudah lah."
"tapi..."
"apa tapinya lagi? no problem je ni aku gantung pakai tali rafia ni"

sila ambil nota ye kengkawan dia pakai TALI RAFIA. #ArabBebal

dan dialog di atas itu memanglah saya edit habis habisan. kalau kengkawan tahu dialog sebenar habislah saham macho saya kahkahkah.

maka itulah kisah asal usul betapa horrornya ketidakutuhan lampu bilik saya. tali rafia tu putus tadi selepas setahun bertahan.

jadinya tadi saya pun intai ikut lubang di pintu. "eh lampu cerah, pintu terbuka"

maka saya pun keluarlah cakap dengan bini sang jiran. haa dah bertahun tapi bahasa arab tetap tak berapa nak maju.

selepas beberapa dialog tipikal "eh sihat ke?" "studi cemana?" "makan minum cukup ke?" "bila kau nak bayar sewa?"

(soalan last tu perlu sebab duit mara belum masuk. wei mara bila nak masuk ni? ish)

maka saya pun bagitahu la hajat di hati.

"fiih musykillah dilwakti"
"musykillah eih ya habibti?"
"err..."

ha memang komunikasi arab saya sedikit hancur lagi walaupun sebenarnya kalau banding dari dulu ada peningkatan 500% kot aku rasa.

saya pun ligat berfikir camne la nak cakap ni kasitau lampu terjatuh dari siling. okay kita fikir pakai logik.

Lampu = Nur
Bawah = Takht
Jatuh = Alamak - aku -  belum - khatam - bab - jatuh - dalam - arab - apa - lagi.

maka saya guna jalan muda. kalau malaysia boleh bangga dengan Manglish, saya dah cipta bahasa baru di sini Misriglish.

maka saya sebut pada bini sang jiran "Nur dropped takht" HAHAHHAHAHAHAHAHAHA eh tak lawak ke?

dan seperti yang dijangka dia tak pahammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm. T____T

lalu saya pun menjemput dia untuk tengok sendiri apa yang saya cuba nak sampaikan. tapi dia cakap takpe kejap lagi electrician percuma (aka suami dia la) akan datang. alah, suami dia la. 5 minit lagi.

maka saya tunggu la kan. melatih kesabaran ni.

5 minit jadi setengah jam baru loceng burung tensen berbunyi. "critttttttt critttttttttttt"

lalu saya pun tanpa tangguh tangguh terus tunjuk la dia apa yang terjadi.

ha ekspresi muka dia memang tak ternilai ye. macam "omaiged this is so awesome but i know it was my fault" gitu.

lalu jiran pun cuba pomen pomen tengok camne nak setel problem tu. walhal sebenarnya dia cuma perlu dapatkan wayar baru + drill untuk pasangkan lampu tu ke siling!!!!

last-last dia cakap, esok je la dia buat (yelah mana kau nak dapat wayar pepagi buta ni kedai pun takdak).

"pukul berapa?"
"selepas pukul 2 petang"

maknanya sekarang tempoh saya tak studi terpaksa dilanjutkan la tanpa sukarela.

sekian, terima kasih.

p.s. dah aku tak peduli bahasa post ni tak formal ke apa! aku nak lepas tensen je sebab kena tunggu sampai petang esok. lepas 2 petang tu boleh jadi 8 malam jugak tahu? T_____T

p.p.s kalau ada tersalah eja tu korang pepandai la fahamkan sendiri ye. semua dah besar. ye la saya menaip dalam gelap ni. kalau kesalahan menaip adalah kurang daripada 5% itu adalah satu skill okay.

4 Comment(s):

[fathiyyah] said...

Ya Robb. mujur kak elle tak apa-apa

pinksterz said...

fathiyyah:
minggu ni banyak gila dugaan. jiran buat renovation yang bising gila sampai sakit kepala and sekarang kena studi tempat lain. i am not good at changes lagi lagi tukar tempat studi. walaupun sebenarnya duduk dekat living room je hahaha.

haih. sabar je la.

Muhammad Warouq bin Qamar said...

kah2. tabah betul ko menaip dalam gelap. good luck exam pas2 ni!

p/s: kadang2 arab guna 'sa2a6' (sa'at) untuk 'jatuh'.

pinksterz said...

warouq:
hahahhaa biasalah saya kan manusia berbakat dan banyak skill hidup.

ooo sa'at. ok pasni boleh buat ayat bangang "saya jatuh hati" = ana sa'at kibdah wtf. XD

Post a Comment