Taknak lah cerita panjang lebar pasal apa yang belajar di hospital dari jam 9 pagi sampailah 3petang. Tapi bolehlah dikonklusikan dalam 3 point utama:
1) Doktor Mohamad Hamdy somehow reminds me of Carlisle Cullen (from Twilight wtf). He is "blonde" in a way. HAHAHAHA.
2) Hematogy buat gua rasa macam masuk express course nak jadi vampire.
3) Buku Hematology Osama ada dalam 80 lebih muka. Harini je dah cover dekat 25% mukasurat. Mati!
Petang pula terus menuju ke Pizza Hut, temankan K makan. Gua dah siap angkut bekal dari rumah sebab:
1) nak jimat dan
2) gua tak rasa nak makan dekat situ. Dah muak, blame them deliveries!
Jadi lepak makan pukul 4 lebih mula berjalan kaki ke arma sebab kena jumpa lagi 2 orang. Satu, nak diberi barang yang dikirim dari malaysia. Satu lagi pula sebab gua nak ambil barang yang gua tertinggal di Malaysia. Hahah.
Duduk duduk borak sekejap sambil tunggu pukul 5 petang untuk kelas tambahan dengan Dr Allam pula. jadi dipendekkan cerita kelas habis dalam jam 7 lebih. Gua orang pertama cabut dari kelas, balik rumah seorang diri, sebab geng balik madina nasr takde pula malam ni. Ramai tak hadir dan lagi seorang ada hal tak balik sana. Selalu gua tunggu juga jalan ikut belakang geng bebudak lelaki (indirect mushrif wtf) sebab tempat teksi agak jauh tapi mengenangkan benda tu bakal melewatkan gua sampai rumah, gua gamble dan bertawakal jalan seorang diri je lah. Syukur, sampai di simpang ada teksi hitam lalu pula kebetulan. Ah, rembat je lah! Tak larat nak jalan jauh sampai ke simpang.
Habis tanya harga dia nak letak (15 genih) gua terus setuju. Standard lah tu. Apa ada hal ecewah.
Dah memang sah la gua penat dan dah memang jadi perangai dari dulu kalau penat gua ambil kesempatan pejam mata (bukan tidur) dalam teksi. Madina Nasr - Abbasia tu bukan dekat tahu? sempat la nak berangan sikit sikit.
"Cik, okay ke?"
Gua buka mata. Pakcik teksi dah siap buka lampu teksi and tengok gua dari cermin depan.
"Eh, okay je"
"Cik nampak pucat. Penat ke? Tak sihat?" Ha entah orang ke berapa dah tegur benda sama hari ni. Bosannyaaaa.
"A ah. penat sikit." Gua senyum biasa je la pastu baru je nak tutup balik mata...
"Cik betul ke okay ni? Nampak pucat sangat." Aduiii. Gua nak tidur ni. Gua tengok luar. Hmm dah masuk area Sabie'. Okaylah, tak payah lelap lah. Kejap lagi nak kena bagi arah masuk jalan dah semua semua. Tiba tiba pakcik teksi tu terlebih rajin nak berborak.
"Orang mana ni?"
"Malizia"
"Nama?"
"Lina"
"Aku Muhammad. Maaflah kalau mengganggu kau nak tidur tadi tapi aku saja taknak bagi kau tidur."
"kenapa?"
"Tak boleh."
Ha sejak bila ni? Orang Arab anggap aib ke? Larangan baru lepas revolusi ke apa ni?!
"Kalau kau naik teksi lain kali jangan tidur. Bahaya. Pemandu teksi boleh bawa lari. Boleh kena tipu. Kau perempuan."
Oh. Huhu.
"Kau faham tak ni?"
"Arab aku nus-nus je. Tapi macam faham la. Mamnu' sleeping yakni?" *sambil buat gaya tidur guna tangan hahaha tolong jangan gelakkan aku please*
"Tak. Bukan larangan. Cuma nak kata bahaya. Aku ada 6 anak perempuan. Aku tahu nilainya dan susahnya menjadi perempuan."
"Oooooo"
"Faham tak? Mesir sebelum revolusi tak sama dengan selepas revolusi. Aku sendiri tak rasa negara ini cukup aman sekarang."
"Faham faham!" Aku tersengih.
"Apasal kau senyum? Faham tak ni?"
"Fahammm. Maaflah. Cuma harini saya penat sedikit. Keluar rumah sejak 8 pagi sampai sekarang. Ini baru nak pulang ke rumah. Eh belok kiri kat sini ye pakcik."
Teksi dah selamat berhenti depan imarah gua. Gua hulurkan lebih dari akad harga sebelum naik tadi.
"Eh apa ni? Tak payahlah."
"Takpe. Pakcik sangat baik. Terima kasih."
"Ingat, jangan tidur atau pejam mata dalam mana mana teksi lagi selepas ini."
"Aiwah. Mesyi." Gua bagi senyuman terakhir dekat pakcik tu sebelum masuk dalam bangunan.


4 Comment(s):
HA LINA PASNI JANGAN TIDO K K GOOD GIRL.
Nasib baik jmpa pakcik baik..Hati2 len kali kalo balik malam..malang tak berbau..dah bau nnti busuk tak larat tutup hidung..haha
aduh apesal belog ini tiada butang Like? :(
Hafiz Adam:
1. sebab tak reti buat
2. sebab malas nak figure coding html bagai hahah
Post a Comment