15 April 2012

Mark Darcy is my new Hero.

Semalam pertama kali saya menonton cerita Bridget Jones's Diary. Gila out-dated kau dah berpuluh tahun cerita tu keluar baru nak tengok. Eleh kasi can la ni cuti seminggu baru rasa nak tengok movie tau? Walhal selama ni amboi menghadap series tanpa miss setiap minggu download episod baru keluar. Aihhh budak medik la sangat.

Dalam banyak banyak kisah, saya paling tertarik dengan satu part ni di mana Danial Cleaver berjaya meracuni pemikiran si Bridget tu pasal si Mark Darcy. Yang kononnya si Darcy tu adalah perampas kepada tunangnya. Walhal si Bridget tu bukan kenal si Darcy ni secara peribadi mahupun mendalam.

Nak jadi cerita si Darcy ni pula kebetulan ada terkomen (ter maksud tak sengaja tanpa niat jahat kot?) pasal outfit si Bridget yang macam orang tua. I think he has Asperger's ahahahaha! So Bridget dengan mudahnya (maybe iman tak berapa cukup wtf) terus percaya oh jahatnya si Darcy ni. Perampas tunang si Cleaver! Oh kesiannya Cleaver. *sadpuppyface

Biasalah movie. Ending mesti yang jahat tu tumpas. So last last terkeluar la fakta yang sebenarnya si Cleaver jahanam tu la rupanya yang merampas ISTERI (isteri ye bukan tunang) si Darcy ni. Kantoi waktu si Darcy balik dari kerja awal and nampak mereka sedang ber"aksi" di ranjang wtf. Eh ranjang bukan lucah. Tu bahasa indon je tu. Haaa.

Cuma nak cakap, sebab perwatakan si Darcy ni walaupun dia tahu dia kena tuduh camtu, dia chill dan tetap berdiam, chill and cool je. Tapi sebenarnya orang selalu misjudge dia. Sebab dia macam cold and harsh (mana tak harsh siap kutuk sweater Bridget on their first meeting hahaha). And beberapa occasions lain menyebabkan orang mengambil kesempatan nak manipulate his actions and words into something else for their own keuntungan.

And long term, in the end (yang mana kalau movie akan makan masa 2 jam la baru terserlah dia ni baik, kalau real life mahu makan berminggu atau berbulan atau bertahun secara logiknya wtf), Darcy ended up with Jones dengan scene bapak sweet in the falling snow. Awwwwww, shucks kantoi saya sebenarnya jiwa hopeless romantic argh!

Kat dunia ada ke agak agak nak jadi macam ni? Selalunya bila kita senyap dan bersabar orang akan judge kita penakut dan salah? Ke camne? So macam terfikir itu baru kes peribadi in between few people. Jadi apa nasib kalau kes kes mahkamah yang salah jatuh hukuman? Naya kot pada orang yang tak bersalah? Pergh. Tak cukup kena hukuman, siap rosak nama orang yang sebenarnya innocent, di mata masyarakat.

Pesan saya cuma satu, "Takpe akhirat ada. Itu mahkamah paling agung tu."

p.s. Dapat cuti seminggu! Hoyeahhhh! 

0 Comment(s):

Post a Comment

 
Powered by Blogger.